28 December 2007

KEPUTUSAN PMR 2007













Peratus lulus telah meningkat lebih kurang 4% menjadi 64.11%. 2 orang pelajar mencatatkan keputusan 9A iaitu Dg. Farah Hanim Bt. Abu Bakar dan Nurul Hakimah Bt. Mohammad Afandi, kedua-duanya dari kelas 3 Al-Falah, seorang 8A iaitu Jahariah Bt. Munta dari kelas 3 Kreatif dan seorang 7A iaitu Sylvester Alexon dari kelas 3 Dinamik. Tahniah kepada semua guru SMK Tobobon.

2 comments:

Azizah Sharif said...

Tahniah kepada semua pelajar PMR 2007 di atas keputusan PMR yang memberangsangkan. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua guru SMK Tobobon di atas komitmen yang ditunjukkan sehingga membolehkan peratus lulus PMR tahun ini meningkat sebanyak 4.8% daripada 60.1% kepada 64.9% dan GPS (Gred Purata Sekolah) dari 3.15 kepada 3.11. Saya percaya dengan komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua guru SMK Tobobon keputusan PMR pada tahun-tahun akan datang boleh ditingkatkan lagi, InsyaAllah. Tahniah dan syabas sekali lagi.

bea said...

Kepada semua guru and pelajar SMK Tebobon, tahniah atas keputusan PMR 2007. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru Bahasa Inggeris atas keputusan yang amat menggalakkan. Teruskan usaha yang baik.

Beatrice Chew