Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah mengadakan satu pameran yang dinamakan Pameran Warisan Kepelbagaian Malaysia bagi memenuhi kerja kursus matapelajaan Pendidikan Seni dan Kewarganegaraan tingkatan 3. Pameran ini telah dirasmikan oleh pengetua, Puan Zarida Hj. Mohd. Junaidi. Pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian yang dimiliki oleh suku kaum tertentu di Malaysia terdapat dalam pameran ini.
07 September 2008
HARI KOPERASI
Pada 23 Jun 2008 sekolah telah mengadakan sambutan Hari Koperasi. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Pengetua, Puan Zarida Hj. Mohd. Junaidi. Berbagai-bagai aktiviti telah dilaksanakan sempena Hari Koperasi ini seperti bazaar, pameran dan sebagainya. Penyelaras aktiviti Cikgu Ramidah Ramin selaku setiausaha Koperasi SMK Tobobon Berhad, berkata turut diadakan ialah lelongan stok lama barangan koperasi dan sambutan amat menggalakkan.
Perhimpunan Hari Koperasi