Pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat di bawah pimpinan Cikgu Tamin Hj. Ongki dan Cikgu Joanna Arwine telah mengadakan perkhemahan peringkat sekolah di perkarangan sekolah pada 20 - 22 Jun 2008. Berbagai aktiviti telah disusun sepanjang perkhemahan ini dan difahamkan pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Kinabalu telah turut serta menyumbangkan tenaga dalam menjayakan perkhemahan ini.
05 August 2008
03 August 2008
LAWATAN PENGETUA SANZAC DAN WAKIL PENGETUA SMKLOK YUK
Pada 18.6.2008 sekolah telah menerima lawatan kerja daripada Pengetua SMK Sanzac beserta Penolong Kanan Pentadbirannya. Lawatan kerja ini juga turut disertai oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelia Petang SMK Lok Yuk. Dalam lawatan ini mereka telah dibawa melawat beberapa lokasi di sekitar sekolah.

EMAS IN CAMP
Panitia Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah bekerjasama menganjurkan satu aktiviti yang dinamakan "EMaS in Camp" pada 24.05.2008 dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Beberapa aktiviti telah disusun bagi mencapai objektif program ini.

02 August 2008
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG (MAC)
Pada 17.4.2008 yang lalu telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang yang telah diadakan di dewan terbuka SMK Tobobon. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohd. Nor Sharif selaku wakil kepada Pengarah Pelajaran Sabah, Pn. Normah Gagoh yang tidak dapat hadir kerana mempunyai tugas rasmi di Kuala Lumpur. En. Mohd. Nor Sharif merupakan Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG SMK Tobobon, En. Eddy Berhan Ruslan, wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Kinabalu En. Rusmadi dan wakil Dekan Sekolah Pendidikan dan Sains Sosial UMS Dr. Yusof. Beberapa orang pelajar cemerlang dalam bidang masing-masing telah menerima anugerah masing-masing dalam majlis tersebut.



