28 December 2007

KEPUTUSAN PMR 2007













Peratus lulus telah meningkat lebih kurang 4% menjadi 64.11%. 2 orang pelajar mencatatkan keputusan 9A iaitu Dg. Farah Hanim Bt. Abu Bakar dan Nurul Hakimah Bt. Mohammad Afandi, kedua-duanya dari kelas 3 Al-Falah, seorang 8A iaitu Jahariah Bt. Munta dari kelas 3 Kreatif dan seorang 7A iaitu Sylvester Alexon dari kelas 3 Dinamik. Tahniah kepada semua guru SMK Tobobon.

PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR MISKIN








Pada 12.12.2007 pengetua bersama penolong-penolong kanan SMK Tobobon serta beberapa orang guru dan ketua kerani telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar miskin yang bersekolah di SMK Tobobon.







27 December 2007

SELAMAT TAHUN BARU 2008


Selamat tahun baru diucapkan kepada semua warga SMK Tobobon. Laman blog ini ditujukan khas untuk anda semua. Sama-samalah kita mempergunakannya untuk tujuan berkongsi pendapat, masalah atau memberi kritikan-kritikan yang membina. Di harap tidak ada yang mengeksploitasi blog ini bagi tujuan peribadi. Sekiranya ada apa-apa berita tentang SMK Tobobon sama-samalah berkongsi. Jangan malu dan segan post kan sahaja di blog ini.....Terima kasihhhhhhhhhhh